fbpx

Pelan Kad Perubatan Keluarga

Sanggupkah anda berkompromi dengan rawatan perubatan anda atau orang yang anda sayangi?

Dengan kos perubatan yang kian meningkat, keluarga anda memerlukan pelan perubatan komprehensif yang menyediakan perlindungan yang mencukupi.

Pelan Kad Perubatan Keluarga AIA adalah pelan perubatan mampu milik tanpa had seumur hidup yang dapat memenuhi keperluan perubatan anda dan keluarga.

Dengan pelan ini, anda boleh memilih untuk memberikan perlindungan kepada pasangan dan anak-anak anda dalam Pelan Keluarga disamping anda dapat nikmati perlindungan perubatan sehingga berumur 100 tahun.

Kad Perubatan Keluarga Terbaik

Anda boleh memilih untuk memberikan perlindungan kepada pasangan dan anak-anak anda dalam Pelan Keluarga.

Nikmati perlindungan perubatan sehingga anda berumur 100 tahun.

Walaupun terdapat had kepada jumlah yang boleh anda tuntut setiap tahun, namun tiada had kepada jumlah yang boleh anda tuntut sepanjang hayat.

Jika terdapat Lebihan daripada Dana Risiko Takaful pada setiap akhir tahun, AIA PUBLIC akan berkongsi dengan Peserta yang layak pada nisbah 50:50.

Ilustrasi Manfaat Kad Perubatan Keluarga AIA

Betul Ke Harga Mampu Milik?

Frequently Asked Questions (FAQ)

Takaful ialah skim saling bantu-membantu berdasarkan prinsip-prinsip perpaduan, persaudaraan dan kerjasama. Setiap peserta bersetuju untuk membuat sumbangan berdasarkan Tabarru’ (derma) ke dalam dana yang akan digunakan untuk saling bantu-membantu di saat diperlukan. AIA PUBLIC Takaful Bhd. (AIA PUBLIC) sebagai Pengendali Takaful diamanahkan untuk melabur dengan sewajarnya dan menguruskan dana ini berdasarkan strategi pelaburan mengikut prinsip-prinsip Syariah.

Pelan Kad Perubatan Individu AIA ini boleh disertai oleh individu yang berumur di antara 14 hari hingga 70 tahun.

Ahli-ahli keluarga yang termasuk di dalam pelan ini akan menikmati faedah yang sama seperti Peserta. Ini bermakna setiap ahli keluarga akan menikmati perlindungan individu (tidak berkongsi manfaat).

Deduktibel adalah amaun tetap sebanyak RM300 yang mesti dibayar oleh Orang Dilindungi atau Ahli Dilindungi bagi setiap Hilang Upaya sebelum mana-mana Faedah Penghospitalan dan Pembedahan dibayar oleh Pengendali Takaful.

Selain daripada Singapura dan Brunei, kami tidak akan melindungi apa-apa perbelanjaan rawatan perubatan di luar Malaysia yang telah anda bayar jika anda tinggal atau melancong ke luar negara lebih dari 90 hari berturut-turut. Jika anda layak menerima perlindungan, jumlah perlindungan tertakluk kepada bayaran yang munasabah dan biasa untuk rawatan yang sama di Malaysia.

Ya. Caruman dibayar bergantung kepada umur tercapai anda apabila cukup tempoh caruman.

Orang Dilindungi perlu membayar caruman sehingga umur tercapai 100 tahun. Caruman boleh dibayar secara tahunan, setengah tahunan, suku tahunan atau bulanan, mengikut kaedah pembayaran yang tersedia.

Caruman yang dibayar untuk pelan ini boleh melayakkan anda mendapat pelepasan cukai
peribadi sehingga RM3,000 untuk pelan perubatan dan pendidikan, tertakluk kepada keputusan
muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.