fbpx

A-Life Kasih Famili

Kami percaya bahawa kesejahteraan hidup orang tersayang adalah keutamaan anda. Dan kerana keluarga adalah segala-galanya buat anda, kasih sayang yang dicurahkan kepada mereka tidak sepatutnya berakhir walaupun anda sudah tiada lagi.

Memperkenalkan A-Life Kasih Famili, pelan Hibah Takaful mampu milik yang memenuhi keperluan perlindungan keluarga anda. Pelan ini memberikan anda ketenangan fikiran mengetahui bahawa keluarga anda akan dapat terus menikmati kehidupan yang berkualiti sekiranya sesuatu yang tidak dijangka berlaku kepada anda mahupun pasangan anda.

Buatlah perancangan lebih awal dan pastikan kehidupan yang lebih bermakna untuk anda dan keluarga dengan A-Life Kasih Famili.

A-Life Kasih Famili

Keluarga anda akan menerima amaun perlindungan asas jika berlaku perkara-perkara berikut:
1. Kematian akibat semua sebab; atau
2. Hilang Upaya Menyeluruh & Kekal (HUMK)

Keluarga anda juga akan menerima amaun perlindungan asas sebanyak 200% jika berlaku kematian akibat kemalangan kepada anda.

Dengan rider A-Plus ProtectSpouse-i, pasangan anda akan mendapat perlindungan jika berlaku kematian, HUMK atau kematian akibat kemalangan.

Dengan rider A-Plus CriticalCare-i, anda boleh memilih untuk mempertingkatkan pelan anda dengan perlindungan penyakit kritikal.

Frequently Asked Questions (FAQ)

Takaful ialah skim saling bantu-membantu berdasarkan prinsip-prinsip perpaduan, persaudaraan dan kerjasama. Setiap peserta bersetuju untuk membuat sumbangan berdasarkan Tabarru’ (derma) ke dalam dana yang akan digunakan untuk saling bantu-membantu di saat diperlukan. AIA PUBLIC Takaful Bhd. (AIA PUBLIC) sebagai Pengendali Takaful diamanahkan untuk melabur dengan sewajarnya dan menguruskan dana ini berdasarkan strategi pelaburan mengikut prinsip-prinsip Syariah.

A-Life Kasih Famili adalah pelan Takaful Keluarga caruman berkala yang menyediakan anda perlindungan ke atas kematian, hilang upaya dan kematian akibat kemalangan. Anda juga boleh
memilih untuk mempertingkatkan perlindungan pelan asas dengan menambah faedah pilihan untuk perlindungan ke atas pasangan dan penyakit kritikal.

Individu yang berumur 16 tahun hingga 60 tahun.

Sijil akan matang pada ulang tahun sijil atau apabila Orang Dilindungi mencapai umur 70 tahun.

Anda boleh memilih amaun perlindungan bermula dari jumlah minimum sebanyak RM50,000 sehingga jumlah maksimum sebanyak RM500,000. Bagi rider A-Plus ProtectSpouse-i, jumlah
minimum amaun perlindungan rider tersebut adalah RM30,000 dan jumlah maksimumnya tidak boleh melebihi amaun perlindungan bagi pelan asas.

Caruman yang dibayar untuk pelan ini boleh melayakkan anda untuk pelepasan cukai peribadi, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

Betul Ke Harga Mampu Milik?