fbpx

Tahukah Anda?

Kumpulan Perunding Takaful Elit ini cukup berpengalaman dan telah membantu ribuan pelanggan kami di seluruh Malaysia. Berbekalkan pengalaman kerja tidak kurang dari 3 tahun, sudah pasti anda akan mendapat khidmat konsultasi yang profesional dan berkualiti. Kumpulan Perunding Takaful Elit ini sentiasa mematuhi etika kerja seperti yang telah ditetapkan oleh AIA Public Takaful.

Jangan terkejut jika anda mendapati bahawa Perunding Takaful Elit yang memberi konsultasi kepada anda merupakan seorang bekas Peguam, Jurutera, Doktor, Pensyarah, Akauntan dll. Hal ini kerana, tanpa latar belakang pendidikan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dan ke atas, mereka tidak akan layak untuk sertai kumpulan Perunding Takaful Elit ini.

Anda mahukan Perunding Takaful sepenuh masa? Ya, anda berada di tempat yang betul. Tiada istilah ‘part-time’ bagi kumpulan Perunding Takaful Elit ini. Semuanya merupakan ‘agent’ sepenuh masa dan tentunya akan lebih komited dengan tugasan sebagai seorang Perunding Takaful.

Kumpulan Perunding Takaful Elit ini telah lulus ditemuduga oleh barisan panel yang telah dilantik oleh AIA Public Takaful. Bagi memastikan kumpulan Perunding Takaful Elit ini terdiri daripada mereka yang berkualiti dalam segenap aspek, temuduga ini telah dilepasi dengan jayanya dan bukan setakat itu sahaja, prestasi serta kualiti konsultasi yang diberikan oleh kumpulan Perunding Takaful Elit ini akan sentiasa dinilai dan dipantau setiap masa oleh pihak AIA Public Takaful.

TESTIMONIALS

Kami telah membantu ramai rakyat Malaysia memiliki pelan perlindungan takaful. Tidak kira di mana jua anda berada, ianya bukanlah suatu masalah kerana dengan AIA Public Takaful, permohonan pelan takaful anda boleh dibuat secara ONLINE! Mari kita lihat beberapa maklumbalas-maklumbalas daripada pelanggan-pelanggan kami seluruh Malaysia

Permohonan Takaful Atas Talian